Ade ape dengan bulan Mei??Birthday aku bulan Jun nanti(14 Jun).Sebenarnya ade empat tarikh penting dalam bulan Mei dalam hidup aku.
1 Mei:Tarikh ini adelah tarikh cuti umum bersempena dengan sambutan Hari Pekerja.
13 Mei:Satu peristiwa hitam berlaku yang menggemparkan seluruh Malaysia pada tahun 1969,iaitu rusuhan kaum...
16 Mei:Sambutan Hari Guru...(Abah dgn Mama aku juga seorang pendidik)
23 Mei:Haa..inilah tarikh yang paling aku nanti2kan...Ianya cukup bermakna dalam hidup aku.Tarikh itu adalah tarikh buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke alam Universiti Industri Selangor@UNISEL(Sekarang dikenali sebagai Universiti Selangor).Di situ juga aku bertemu dengan pelbagai ragam manusia di situ juga aku mengenali kawan2 aku...
Hurm...aku merindui di saat2 aku di UNISEL.Mungkin bukan rezeki aku dan juga bukan ini tempat aku...Tapi aku tak akan lupakan UNISEL buat selamanya.Dan aku berterima kasih dengan semua kawan2 aku yang banyak bantu aku sebelum ini...Terima Kasih semua...=)
p/s:selama 2 semester,baru sekarang aku dapat beberapa orang kawan yang benar2 "kawan"...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan